Cari Blog Ini

Jumat, 15 Juli 2011

^^***tahajud cinta**>>>

Aku sedang menanti dia,seorang adam..,

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang adam yang tegas dan berani Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri Dia...

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..

Dia menasihati ku supaya mengingati mati Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat Matanya penat kerana membaca Suaranya..

lesu kerana penat mengaji dan berzikir..

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati..
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan..
semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon..

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara ,perkara maksiat..

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapak..

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan Baginya,

dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W..

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya.. Kekasih sejatinya dan kekal abadiIa itu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku ingin mencintai dia kerana agamanya..
dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,

Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA ..

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia....?????wallahua'lam..hanya Allah yang Maha mengetahui segala doaku,harapanku,impianku bahkan yang aku mau...

semoga dia yang masih dalam rahasia_NYA terbaik fiddini wadunya,wal akhiroh.....

AMINNNNN....

Tidak ada komentar: